Lang Buana Education And Recreational Centre (LAGEND CENT), ialah sebuah INSTITUSI /   ORGANISASI yang telah mula beroperasi dari tahun 1998 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

FOKUS utama penubuhannya ialah untuk memberikan perkhidmatan latihan dalam meningkatan diri modal insan dan pembangunan sumber manusia bagi semua lapisan masyarakat.  Ini termasuklah latihan yang berbentuk “Game Management” dan Aktiviti-Aktiviti Separa Lasak samada di dalam Pusat Latihannya sendiri atau juga di tempat yang lain atas permintaan pelanggannya.

Konsep Latihan  yang diterapkan di dalam Pusat Latihan ini ialah “ADVENTURE BASE LEARNING -Through Nature Interpretationsiaitu satu bentuk latihan yang ‘Berteraskan Dari Cabaran Sebenar Kehidupan’ manusia.  Ianya bertempat di:- 

i)          “KEM LANG BUANA ANUGERAH RIMBA TEKALA” Terletak di Pusat Memancing Joran Rimba Tekala, Bt. 30 Jln Sg Lalang, Semenyih, Selangor D.E.

 

ii)        “KEM LANG BUANA ANUGERAH ALAM” Terletak di Lot 5, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Sg Batangsi Semenyih, Selangor D.E.

Kedua-dua kem ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Negeri Selangor iaitu berhampiran dengan kawasan perkampungan orang asli dan perhutanan yang masih belum dicemari.  Secara tidak langsung kem ini menawarkan serta menjanjikan panorama dan keindahan semula jadi yang bersih, nyaman dan menarik.

Kumpulan yang menjadi sasaran utama institusi ini ialah:

  • Institusi Pendidikan

  • Syarikat-Syarikat Korporat

  • Agensi-Agensi Kerajaan

  • Sektor Swasta Dan Awam

  • Persatuan Dan NGO

  • Orang Perseorangan Dan Keluarga

Di sini amat sesuai untuk melakukan semua aktiviti yang berbentuk “Program Pembangunan Pengurusan Luaran” (Management Outreach Development Program) seperti:-

  • Kerohanian
  • Abseiling, Repelling & Flying Fox
  • Survival – (Ikhtiar Hidup Di Dalam Hutan)
  • Jungle Tracking
  • Aktiviti 4WD
  • Memanah
  • 'Game Management'
  • 'Paint Ball'
  • Aktiviti-Aktiviti Air Seperti:- Membina Rakit, 'Pond Crossing', 'Water Confident' Dan Lain-Lain lagi.
  • 'Obstacle Course'
  • Solo Camping
  • Mendaki ‘Broga Hill’
  • Motivasi Diri
  • Aktiviti ‘High Rope’
  • Pembacaan Peta Dan Kompas
  • Merentas Hutan Dan Memburu
  • Menikmati Keunikan Flora Dan Fauna
  • Kegiatan Perkhemahan
  • Menunggang Kuda
  • Lain-Lain Mengikut Keperluan Kursus

Tenaga pengajarnya pula adalah terdiri daripada perunding-perunding professional sepenuh masa, jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan fasilitator yang berdedikasi. 






http://sitebuilder.yola.com/en_US/ide/index.jsp?siteid=8a4986cb21bfc18e0121c34c4bee5729#
 
Make a Free Website with Yola.